Pemuda UMNO Selar Sikap Biadap Penyokong BN Terhadap PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pandan menyelar sikap biadap segelitir penyokong Barisan Nasional (BN) terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tegas ketuanya, Mohd Neezam Abdul Aziz, ianya bercanggah dengan budaya UMNO.

Parti keramat ini katanya lagi dibina atas rasa hormat dan patuh kepada pemimpin.

Neezam mengulas insiden penyokong BN yang tidak beradab terhadap Perdana Menteri semasa ketibaan beliau di Dewan Perhubungan UMNO Negeri, Johor Bahru pada Sabtu.

“Saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pandan mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional di atas kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri Johor. Semoga kesemua pemimpin yang dilantik dapat melunaskan mandat yang diberikan rakyat.

“Walaubagaimanapun, kemenangan kita di Johor sedikit tercalar berikutan insiden segelintir kecil penyokong Barisan Nasional yang tidak beradab kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob semasa ketibaan beliau di Dewan Perhubungan UMNO Negeri, Johor Bahru.

“Hal ini jelas bercanggah dengan budaya UMNO. Parti keramat ini dibina atas rasa hormat dan patuh kepada pemimpin. Jangan sesekali cuba untuk mengeruhkan permuafakatan parti dengan budaya tidak beradab.” kata Neezam.

Tegasnya lagi, janganlah berperangai terlebih sudu dari kuah.

Beliau menyeru semua ahli peringat akar umbi menghormati peranan dan keputusan pemimpin tertinggi UMNO berhubung apa jua isu.

“UMNO mengangkat prinsip demokrasi dan turut mengambil kira suara akar umbi sebelum membuat sebarang keputusan.

“Justeru itu, gunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan anda.” Katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat