Pemimpin kanan UMNO Johor Kecewa sorakan desak bubar Parlimen

- Advertisement -

Johor Bahru – seorang pemimpin kanan UMNO Johor menyifatkan tindakan sekumpulan kecil penyokong parti menjerit meminta pembubaran Parlimen ketika ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai satu perbuatan tidak bermaruah.

Pemimpin tersebut menyifatkan laungan tidak beradap tersebut bukan sikap bangsa Johor.

“Kami ada maruah. Kami menghargai semua pihak yg membantu kemenangan PRN Johor lebih-lebih lagi Perdana Menteri. “

Meminta tidak disebut namanya bagi mengelak perbalahan ketika kemenangan, beliau percaya laungan tersebut adalah emosi kumpulan kecil sahaja.

“Walaupun UMNO Johor bersedia menghadapi PRU-15 pada bila-bila masa tetapi tidak perlulah menjerit jerit bubar parlimen dalam majlis yang penuh kegembiraan. Ini bukan cara kami. Kami tahu berbudi kepada orang yg berjasa kepada kami.”

Semalam media melaporkan terdapat sekumpulan kecil penyokong Umno menjerit “bubar, bubar, bubar” ketika Perdana Menteri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO tiba di Ibu pejabat UMNO Negeri Johor bagi melihat keputusan Pilihan Raya Negeri Johor ke-15.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat