‘Mat Jenazah’ Sediakan Khidmat Urus Jenazah Secara Percuma

- Advertisement -

GUA MUSANG: 20 anak muda dikenali sebagai kumpulan ‘Mat Jenazah’ aktif melakukan khidmat pengurusan jenazah secara percuma kepada golongan keluarga kurang berkemampuan di negeri Kelantan.

Tidak mengira jarak perjalanan jauh atau dekat, mereka turut menyediakan lapan buah van jenazah mewah termasuk jenis kenderaan Toyota Alphard, Kia Carnival dan Toyota Estima untuk membawa jenazah dari rumah atau hospital ke tanah perkuburan.

Ditubuhkan sejak dua tahun lalu, kumpulan Mat Jenazah, yang juga dikenali sebagai Perwakilan Van Jenazah Anak Muda Kelantan, bersedia berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan.

Mereka secara sukarela bukan sekadar melakukan urusan mengambil jenazah, malah memastikan tiada sebarang beban ke atas keluarga dalam urusan pengebumian.

“Skuad kami masih baharu dalam pengurusan jenazah ini. Kami mula menyediakan perkhidmatan van percuma ini dua tahun lalu.

“Kami menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma kepada golongan yang tidak berkemampuan,” jelas Imam Tua Masjid Chiku 3, Mahadi Mustapa

Menurut ahli kumpulan itu, Mohd Amirul Mohd Sani, perkhidmatan ini meliputi penghantaran jenazah dari seluruh negeri di semenanjung ke Kelantan.

“Contohnya, kalau warga Kelantan meninggal di Kuala Lumpur, kumpulan kami ini akan menguruskan penghantaran jenazah ke Kelantan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berbangga dengan usaha yang jarang mahu dilakukan golongan anak muda zaman ini.

“Mereka melaksanakan kerja ini secara sukarela tanpa mengharapkan imbuhan dan sebagainya. Jadi saya berbangga dengan kumpulan anak muda ini yang prihatin terhadap usaha menguruskan jenazah.

“Saya dimaklumkan mereka banyak menguruskan jenazah bukan sahaja di kawasan Gua Musang ini namun di luar Kelantan untuk dibawa pulang ke seluruh daerah di negeri ini,” katanya.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,575FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat