Vaksin COVID-19: Tiada Alasan Untuk Gantung Penggunaan Suntikan AstraZeneca – WHO

- Advertisement -

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan tidak ada alasan untuk menggantung penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca kerana tidak ada sebarang bukti kukuh yang mengaitkan penerimaan vaksin tersebut boleh mengakibatkan masalah pembekuan darah.

Isnin lalu Austria mengumumkan penggantungan penggunaan vaksin AstraZeneca selepas seorang jururawat berusia 49 tahun meninggal dunia disebabkan masalah pembekuan darah yang teruk, beberapa hari selepas menerima suntikan

Empat negara Eropah lain iaitu Estonia, Latvia, Lithuania dan Luxembourg juga menggantung penggunaan vaksin terbabit, yang turut dihantar ke 17 negara Eropah lain membabitkan satu juta suntikan.

Laporan Reuters yang memetik jurucakap WHO, Margaret Harris sebagai berkata, tidak ada sebarang indikator yang menyokong suntikan vaksin tersebut boleh meningkatkan risiko pembekuan darah.

Sambil menyifatkannya sebagai ‘vaksin terbaik’, beliau berkata, ia perlu diteruskan.

Menurutnya, setakat ini kira-kira lima juta rakyat Eropah sudah menerima suntikan AstraZeneca.

Beliau menjelaskan di Eropah sahaja, lebih 30 pesakit yang mempunyai thromboembolism, iaitu masalah darah beku dimasukkan ke hospital selepas menerima suntikan vaksin.

“Kita juga menerima laporan kematian seorang lelaki berusia 50-an di Itali selepas mengalami deep vein trombosis (DVT) atau pendarahan beku dalam urat.

“WHO sedang menyiasat laporan-laporan itu,” kata Harris di sini, semalam.

Pun begitu, tidak ada sebarang laporan kesihatan lain mengaitkan suntikan vaksin yang diterima WHO setakat ini – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat