WBN pakej bantuan terbaik bantu peniaga jalanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula Januari lalu namun ternyata para peniaga di ibu kota masih mampu bertahan melalui inisiatif Wilayah Bebas Niaga (WBN).

Dari awal inisiatif WBN di Wilayah Persekutuan dilaksanakan, ia memberi kelegaan kepada peniaga kecil dan penjaja seperti Mahathir Abdul Ghani.

Peniaga, Mahathir Abdul Ghani.
Menurutnya, pemberian lesen sementara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada peniaga menjadikan golongan itu lega kerana tidak perlu risau kemungkinan barangan mereka di gerai disita kerana tidak mempunyai permit seperti sebelum ini.

Apa yang penting baginya, peluang berniaga yang diberikan mempunyai harga yang perlu dibayar.

Para peniaga, katanya, wajib mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan selain menjaga kebersihan dan tidak membuka gerai di kawasan terdedah kepada bahaya kepada aliran trafik.

“Kami tidak lagi diganggu PBT, kalau sebelum ini asyik kena ganggu. Sekarang kami bersyukur walaupun lesen hanya sementara bagi kami satu rahmat di sebalik penularan Covid-19 sekarang ini.

“Saya sendiri sebelum ini pernah kerja di kedai fastfood jadi kena jaga semua (kebersihan) itu, DBKL akan datang tengok penjarakan fizikal dan kebersihan,” kata penaga berusia 20 tahun itu.

Justeru beliau berharap para peniaga melalui inisiatif WBN dapat mematuhi arahan dan tidak menghampakan inisiatif yang diberi kerajaan bagi tujuan memastikan kelangsungan hidup para peniaga.

Sementara itu, bagi seorang peniaga, Mohd. Farizul Shukri Abdul Razak, 26, menganggap inisiatif yang sama memberi kelegaan kepada peniaga pasar malam sepertinya.

Melalui WBN, dia tidak lagi bergantung kepada tapak berniaga pasar malam yang tidak dibenarkan dan dihadkan operasi sepanjang PKP.

Peniaga, Mohd Farizul Shukri Abdul Razak.
“Ramai peniaga pasar malam sekarang berniaga tepi jalan sebab PKP kerana penganjur tarik diri. Dapat lesen WBN ini memang banyak membantu sebab kalau tidak ada lesen pun susah juga.

“Alhamdulillah, saya bersyukur. Jadi tidak dikacau DBKL dengan ada lesen sementara ini kan,” ujarnya.

Mohd Farizul berharap agar inisiatif itu dilanjtkan bukan hanya sehingga 15 April 2021 sahaja tetapi sampai penularan Covid-19 reda di negara ini.

“Kita harap Menteri Wilayah Persekutuan lanjutkan lesen ini sebab kita pun tidak tahu lagi Covid-19 ini habis bila,” tambahnya.

Bagi orang ramai yang menjadi pembeli, rata-rata mereka turut memandang inisiatif WBN sebagai bantuan yang paling jelas dapat sampai kepada masyarakat daripada kerajaan untuk rakyat yang majoriti terkesan akibat pandemik.

Namun apa yang penting adalah kerjasama daripada peniaga yang akan mempengaruhi keputusan kerajaan kelak, demikian kata Mohd Nazri Idris.

Orang awam, Mohd Nazri Idris.
“Kalau daripada segi ada kebaikan bagus untuk masyarakat kita yang sudah dibuang kerja untuk berniaga cari duit, kalau boleh kekalkanlah inisiatif ini. Bagilah lama. Sebab sekarang nak mohon apa-apa termasuk kerja pun susah.

“Cuma kerajaan tidak suka kalau kotor tempat berniaga jadi peniaga kena jaga kebersihan,” menurut pekerja swasta berusia 35 tahun itu.

Begitu juga pendapat Nurul Akma Liana, 33, yang sering membeli makanan di gerai-gerai daripada penjaja di Bandar Permaisuri di sini.

Nurul Akma Liana.
“Sekarang, pendapatan ramai orang tidak tentu jadi kalau inisiatif ini memang membantu kadang kerja biasa gaji dipotong, jadi bila ada pendapatan sampingan berniaga seperti ini baguslah.

“Cuma jaga kebersihan penting, SOP, keselamatan elak kesesakan tidak menganggu pengguna jalan raya yang lain,” kata Akma.

Selain itu Mohd Mokhtardi Mat Kusup, 28, pula berkata, pokok pangkalnya, peniaga perlu jujur termasuklah dalam isu kebersihan, pematuhan SOP dan lesen.

Mohd Mokhtardi Mat Kusup.

“Peniaga kena bersikap jujur dan tidak mengambil kesempatan uruskan sendiri peniaga jangan ambil mudah hal lesen jangan sewakan kepada orang lain perkara itu tidak sepatutnya berlaku jangan salahgunakan kemudahan yang diberikan,” tambahnya.-

MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat