Zaini Ujang sekali lagi dilantik KSU KPT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Zaini Ujang sekali lagi dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan memulakan tugas rasmi bermula hari ini.

KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan beliau disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Mohamad Azhan Md Amir bersama-sama barisan pengurusan tertinggi kementerian itu.

“Sebelum mendengar taklimat berkenaan pencapaian, hala tuju dan pengoperasian KPT, Zaini turut bertemu dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk melapor diri dan menerima amanat,” menurut kenyataan itu.

KPT memaklumkan ini adalan kali kedua Zaini menggalas jawatan sebagai KSU KPT selepas pertama kali dilantik pada 2013 hingga 2016.

Berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar daripada Universiti Newcastle serta mempunyai kepakaran dalam bidang rawatan air dan sisa, beliau juga pernah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kelima dari 2008 hingga 2013.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat