Thaksin diberikan parol atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa

- Advertisement -

BANGKOK- Bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra telah diberikan parol.

Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong mengumumkan bahawa beliau telah menerima senarai banduan yang layak mendapat parol daripada Jabatan Penjara, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Daripada 945 banduan yang dipertimbangkan untuk parol, sebanyak 930 telah diluluskan, termasuk Thaksin.

Thawee berkata Thaksin disenaraikan dalam kategori yang menghidap penyakit kronik dan berusia lebih 70 tahun.

Thaksin memenuhi kriteria untuk parol selepas menjalani satu pertiga daripada hukuman atau sekurang-kurangnya enam bulan penjara.

Dia boleh dibebaskan pada 18 Februari selepas menjalani hukuman penjara selama enam bulan.

Thaksin, 74, yang menjalani hukuman penjara selama setahun telah menerima rawatan di hospital polis sejak malam pertama pulang ke tanah air.

Sejak 15 tahun lalu, Thaksin hidup dalam buangan kerana disabitkan atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat