Mohamad Hasan dalang 10 MP sokong Perikatan Nasional?

- Advertisement -

Perbalahan antara Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Haji Hasan dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, memaksa para penganalisis politik menilai semula siapa yang mengokestrakan usaha menghalang kerjasama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pasca Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini banyak pihak menunding jari kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebagai perancang utama dalam kumpulan sepuluh Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Tanggapan ini tidak bersifat melulu kerana hubungan Hishammuddin dan Anwar sangat tidak baik sejak 2019 apabila Anwar mendakwa bekas Naib Presiden UMNO itu sebagai operator yang merancang untuk menyekat beliau dari mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Malahan sebaik tamat PRU15, Hishamuddin turut membuat kenyataan media keras  menolak sebarang kerjasama dengan PKR dan DAP dan sedia dipecat dari UMNO.

Dalam taklimat tertutup Presiden UMNO selasa lalu, Ahmad Zahid turut menamakan 10 orang Ahli Parlimen BN yang menandatangani SD menyokong Muhyiddin yang antaranya Hishamuddin.

Kesemua ini memberi gambaran Hishammuddin adalah perancang utama kerjasama dengan PN selepas PRU15.

Peranan Mohamad Hasan terdedah

Mohamad Hasan dalam ucapan perasmian Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO selasa lalu mendakwa PAS tidak boleh dipercayai berbanding DAP.

Beliau berkata UMNO bekerjasama dengan DAP pasca PRU15 kerana parti itu tidak bermuka-muka serta tidak berpura-pura dalam setia kawan.

Ucapan Mohamad Hasan itu telah menyebabkan Hamzah membalas kenyataan tersebut dengan mendedahkan pembabitan Mohamad dalam perundingan dengan Perikatan Nasional.

Ia bukan sahaja perundingan antara BN-PN di Hotel St. Regis yang diketahui ramai, tetapi juga perbincangan lebih awal iaitu pada pagi Ahad selepas keputusan PRU diketahui.

Menurut Hamzah ” sehari selepas Pilihan Raya Umum (PRU), beliau (Mohamad) ada datang ke rumah saya. “Apa yang disampaikan kepada saya ialah: ‘Brother, saya hendak maklumkan sekiranya Presiden UMNO mahu bekerjasama dengan DAP, saya orang pertama yang akan menentang”.

Dari sepuluh orang MP BN yang menandatangani SD tersebut tiga orang dari Negeri Sembilan yang merupakan dari parti UMNO di bawah pimpinan Mohamad sendiri.

Menurut sumber yang rapat dengan PN dan UMNO, pembabitan Mohamad Hasan tampak sukar dinafikan kerana dikatakan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan, yang merupakan salah seorang penandatangan tersebut, telah meletak syarat agar Mohamad Hasan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan PN.

Sumber terbabit juga mendakwa Mohamad Hasan merupakan individu yang merencana penyingkiran Ahmad Zahid sebagai Pengerusi BN melalui surat hilang kepercayaan parti-parti komponen.

Bagaimanapun setakat ini Ahli Parlimen Sembrong yang bertindak berani menolak kerjasama dengan Anwar secara terbuka akan terus dilabel sebagai pengkhianat oleh sebahagian ahli UMNO terutama dari kem Ahmad Zahid.

Walaupun dilabel pengkhianat, 10 orang yang didedahkan oleh Ahmad Zahid itu tampaknya hanya mendapat kecaman sebahagian kecil ahli UMNO namun mendapat sokongan ramai orang Melayu di luar UMNO.

Asyraf Hakim, PERAK

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat