Mohamad Hasan Jumpa Saya Sehari Selepas PRU – Hamzah

- Advertisement -

CYBerjaya – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa bahawa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, tidak bercakap jujur apabila menyatakan DAP lebih baik berbanding PAS yang menjadi antara alasan UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan, lapor portal BH.

Memetik laporan itu, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) mendakwa, ia kerana Ahli Parlimen Rembau itu bercakap sebaliknya sebelum ini.

“Saya wallahi nak cerita… sehari selepas Pilihan Raya Umum (PRU), beliau (Mohamad) ada datang ke rumah saya.

“Apa yang disampaikan kepada saya ialah: ‘Brother, saya hendak maklumkan sekiranya Presiden UMNO mahu bekerjasama dengan DAP, saya orang pertama yang akan menentang’.

“Malah, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut menjadi saksi pertemuan dan kata-kata itu.

“Namun, apabila beliau kini menyatakan DAP lebih ikhlas dan lebih baik… apahal manusia macam ini. Sejak akhir-akhir ini, mereka sentiasa bercakap pusing-pusing,” katanya, seperti dilaporkan portal itu.

Terdahulu, Mohamad Hasan ketika berucap pada majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam, berkata UMNO bekerjasama dengan DAP pasca PRU15 kerana parti itu tidak bermuka-muka serta tidak berpura-pura dalam setia kawan.

Sebaliknya, Mohamad berkata, UMNO sukar bekerjasama dengan PAS kerana mendakwa PAS tidak pernah setia atau ikhlas, malah tanpa segan berselingkuh atau curang dengan parti serpihan atau ‘janda’ UMNO.

Sementara itu, mengulas lebih lanjut, Hamzah berkata beliau terkejut apabila mendengar ucapan Mohamad Hasan pada perhimpunan agung parti itu, semalam.

“Jika mereka menyatakan DAP lebih baik daripada PAS, ini bermakna UMNO sudah tidak betul… mana boleh DAP lebih baik (daripada PAS).

“Justeru, saya yakin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, rakyat sudah pasti tidak akan menyokong mereka yang menyatakan DAP lebih baik berbanding PAS,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat