CYBERJAYA – Tindakan 10 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong pembentukan kerajaan dengan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai hero pada pandangan sebahagian pengguna media sosial (netizen) negara ini.
Reaksi itu dapat dilihat susulan sebuah video di aplikasi Tik Tok yang menyenaraikan nama 10 orang Ahli Parlimen terbabit sebagai ‘pengkhianat’ kerana tidak menyokong kerajaan perpaduan.
“Mereka bukan pengkhianat. Mereka adalah hero,” kata Rashid Rahman di ruangan komen video tersebut.
“Mereka bukan pengkhianat. Diaorang orang yang hebat tepat buat pilihan,” kata Ila Shazushila di ruangan komen yang sama.
“10 orang ini ikut keputusan PAU “no Dap, no Anwar,” hujah seorang netizen lagi netizen.
Sementara itu beberapa netizen lain pula mempertikaikan keputusan UMNO dan BN menyertai kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).
“Sebelum PRU15 ‘no DAP, no PH’. Sekarang tuduh 10 orang ini sebagai pengkhianat. Sebenarnya siapa pengkhianat,” soal seorang netizen lain yang menggunakan nama Arumugamleela.
“Zahid yang langgar prinsip dan keputusan PAU, entah ke mana haluan perjuangan Abata UMNO selepas ini,” kata Izzudin, di ruangan komen tersebut.
Terdahulu, salah seorang Ahli Parlimen BN yang menandatangan SD tersebut menafikan tindakan itu sebagai khianat.
“Bila parti sudah buat keputusan akhir untuk menerima kerajaan perpaduan, maka kami yang 10 ini menarik diri dan buat pembatalan SD untuk mengikut keputusan parti.
“Saya tidak fikir itu satu perkara yang membelakangkan parti atau boleh dikatakan khianat kepada parti,” kata Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias.
@sampoisgt