PAU 2021 bersidang 16 hingga 19 Mac 2022

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tarikh baru Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 telah ditetapkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 16 hingga 19 Mac akan datang.

Ketetapan baru itu diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan media selepas mesyuarat malam tadi.

Menurut beliau UMNO membuat keputusan untuk menjalankan PAU 2021 itu secara bersemuka dan tidak secara hibrid.

“Kesemua 14 orang perwakilan setiap Bahagian akan dijemput untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2021 dan tidak diadakan perhimpunan secara hibrid.

“Kesemua lima orang perwakilan bagi setiap sayap juga akan menghadiri Perhimpunan Agung masing-masing pada kali ini.

“Walaupun demikian, prosedur operasi standard (SOP) tetap akan dipenuhi daripada segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan Aplikasi MySejahtera, pensanitasi tangan dan lain-lain,” katanya.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan itu, isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak disebut meskipun ia hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Sementara itu dalam kenyataan sama, MKT UMNO turut menyentuh isu pengurusan banjir yang perlu diperbaiki terutama di Selangor.

“Sidang Dewan Rakyat khas pada 20 Januari 2022 juga diharapkan dapat mengumpulkan cadangan-cadangan bernas agar Malaysia menjadi negara yang terhindar daripada banjir-banjir besar pada masa akan datang.

“MKT UMNO ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli dan pimpinan UMNO di semua peringkat yang terlibat sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir,” ujarnya.

Dalam pada itu, MKT UMNO menegaskan bahawa sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri adalah sentiasa kekal malahan perlu terus dimantapkan.

“MKT telah memutuskan agar segala kesiapsiagaan dibuat bagi memastikan perjalanan parti berjalan dengan baik dalam membuat pelbagai program bagi menghadapi pengundi 18 tahun dan pengundi baharu yang jumlahnya sekitar 5.8 juta orang,” katanya.

Berikut adalah aturcara perjalanan PAU2021 pada 16 hingga 19 Mac ini:

16 Mac 2022 (Rabu)
Perasmian Perhimpunan Agung Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri oleh Datuk Seri Timbalan Presiden UMNO

17 Mac 2022 (Khamis)
Perhimpunan Agung Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO berlangsung

18 Mac 2022 (Jumaat)
Ucapan Dasar Presiden dan Perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Datuk Seri Presiden UMNO
Perhimpunan Agung UMNO bermula

19 Mac 2022 (Sabtu)
Perhimpunan Agung UMNO hari kedua

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat