YBR sumbang mesin bantuan pernafasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Yasasan Bank Rakyat (YBR) berbesar hati menyumbangkan mesin bantuan pernafasan buat pesakit paru-paru kronik, Ainul Nuraisyah Affendi, 11.

Pengerusi YBR, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, kanak-kanak itu terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan untuk terus bernafas.

Malah ujarnya, penyakit ini boleh membahayakan nyawa jika lewat dirawat dan ia mudah dijangkiti kuman serta penyakit lain.

Megat Zulkarnain berkata, prihatin dengan nasib yang menimpa Ainul Nuraisyah, YBR tampil menghulurkan bantuan berupa mesin bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan.

“YBR terpanggil untuk membantu adik Ainul Nuraishah selepas menerima permohonan bantuan daripada ibunya, Malafarizan Mohamad, 38.

“Dengan pemberian bantuan alat pernafasan yang bernilai RM4,200 ini diharapkan dapat membantu mengurangkan bebanan yang kini ditanggung oleh keluarga adik Ainul Nuraisyah,” katanya ketika berkunjung ke kediaman kanak-kanak itu di Cheras.

Untuk rekod, sejak berusia 1 tahun lagi, penyakit yang dikenali dengan nama Bronkiolitis Obliterans ini telah dihidapi kanak-kanak itu.

“Lebih menyayat hati Ainul tidak dapat menikmati kehidupan sama seperti rakan sebaya yang lain dan tidak dibenarkan bermain di luar rumah bersama kanak-kanak lain.

“Ayah kepada adik Ainul yang merupakan seorang askar dan ibunya bekerja sendiri, turut terkesan dengan kekangan perbelanjaan dan kekurangan pendapatan disebabkan impak dari pandemik Covid-19 yang melanda negara kini.

“Orang ramai yang ingin menghulur bantuan kepada Ainul boleh menghubungi Malafarizan Mohamad di talian 011 3700 2698,” katanya.

Pada tahun 2021, Yayasan Bank Rakyat telah memperuntukkan sebanyak hampir RM300,000 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Ketua Bahagian Operasi YBR, Syaiful Rizal Abd Ghani serta Pengurus Jabatan Perhubungan Komuniti & Penjenamaan Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat