Annuar ramal Ismail Sabri Presiden UMNO dan PM pasca PRU-15

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Ismail Sabri diramal akan terus menjadi calon Perdana Menteri UMNO pada pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) malah turut digambarkan bakal mengambil alih kepimpinan parti selaku Presiden UMNO.

Tan Sri Annuar Musa berkata, pemakluman Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan malam tadi bahawa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bahawa bahawa MKT terus memperkasakan kepimpinan dan kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Annuar berpendapat keputusan UMNO itu adalah satu manifestasi kebijaksanaan MKT.

“Mesyuarat MKT jelas membuat “endorsement” bahawa Ismail Sabri akan terus memimpin negara sehingga tamat tempoh penggal Parlimen ke-14, pada tahun 2023.

“Bukan itu saja, malah MKT turut menunjukkan isyarat bahawa Ismail Sabri adalah “posterboy” PRU-15,sekali gus merupakan calon Perdana Menteri daripada UMNO pasca PRU-15 nanti,” catat Ahli Parlimen Ketereh itu di Facebooknya pada Khamis.

Secara tidak langsung, Annuar berkata, MKT UMNO memberi isyarat bahawa tradisi UMNO akan terus di pertahankan.

“Dalam UMNO sesorang yang diangkat sebagai Perdana Menteri akan seterusnya diberi “endorsement” oleh parti untuk mengambil alih kepimpinan parti sebagai Presiden UMNO.

“Saya percaya inilah sebahagian daripada sumber kekuatan parti. Peralihan kepimpinan utama sentiasa berlaku secara berhemah dan penuh kebijaksanaan.

“…yang mengganti terus memperkasa parti, yang diganti pula tetap di pandang tinggi.Bak kata pepatah Melayu, patah tumbuh,hilang berganti,” ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia itu lagi.

Malah kata beliau satu daripada amalan yang sering dilakukan dalam UMNO semua peringkat ialah “baton” kepimpinan bertukar tangan secara harmonis, konsensus dan penuh semangat kesetiakawanan serta mendahulukan kepentingan perjuangan parti.

Tambah Annuar meskipun pemilihan dibenarkan dalam UMNO tidak semestinya pula akan berlaku perebutan.

“MKT UMNO terus mempamerkan kebijaksanaan musyawarah dan sentiasa mempamerkan tahap kematangan politik yang tinggi.

“Ini adalah kerana ahli-ahlinya sentiasa bersuara secara terbuka dan jujur,walau kadangkala timbul perbezaan pendapat di antara mereka.

“Sementara itu, Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menakhodai MKT sentiasa memberi ruang dan meraikan kepelbagaian pendapat dikalangan ahli MKT dan suara ahli MKT dihormati,” ulas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat