Kotakan semua janji Dasar Perhutanan, banjir besar bukti planet kita sakit – Sultan Nazrin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Janji-janji yang terkandung dalam Dasar Perhutanan Malaysia harus dikotakan dan diambil serius oleh kerajaan sekali gus melaksanakan sepenuhnya amalan yang direncanakan demi kesihatan planet.

Penaung WWF-Malaysia, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah Dasar Perhutanan Malaysia mewajibkan 50 peratus negara kita harus kekal di bawah perlindungan hutan.

Ujarnya, kita mempunyai Dasar Biodiversiti Negara yang komited memperuntukkan 20 peratus daripada tanah kita sebagai kawasan perlindungan dan kerajaan juga telah menyatakan komitmen untuk mencapai pelepasan sifar bersih karbon menjelang 2050.

“Pemulihan semula kesihatan planet kita memerlukan usaha semua termasuk kerajaan, sektor swasta dan orang ramai.

“Aktviti manusia memberi kesan mendalam terhadap hidupan liar, iklim, sungai, hutan dan lautan kita malah ia juga memberi impak kepada manusia juga,” titah baginda.

Dalam ucapan ulang tahun ke-50 WWF-Malaysia dengan mengangkat tema “50 years – Together for Nature”, Sultan Nazrinmenyeru semua rakyat negara ini untuk terus bekerjasama untuk melindungi alam semula jadi dan mengurangkan kerosakan perubahan iklim.

“Ini penting bukan sahaja untuk kemakmur berterusan, tetapi juga kelangsungan hidup hidup kita sendiri.

“Banjir baru-baru ini telah membuktikan dengan nyata betapa jelasnya bahaya yang diakibatkan oleh perubahan iklim.

“Bukan hanya sekadar bermurah hati membantu mangsa-mangsa terjejas banjir, kita juga mesti berani berusaha mengekang punca yang mengakibatkan perubahan iklim yang dahsyat,” titah baginda.

Sultan Nazrin turut bertitah sepanjang 50 tahun WWF-Malaysia bekerja keras menjadi barisan hadapan dalam usaha memelihara biodiversiti telah banyak kejayaan diraih.

“WWF telah membantu Malaysia menghadapi cabaran alam sekitar, organisasi ini adalah suara yang kuat untuk alam semula jadi melibatkan perlindungan, pemulihan kawasan hutan yang telah hilang.

“WWF-Malaysia telah memberikan nasihat dan maklumat tentang hal-hal pemuliharaan kepada kerajaan, dan telah menyokong tanpa jemu untuk pemuliharaan.

“Input ini telah menyumbang kepada pembentukan Kawasan Terlindung di hutan- hutan yang besar kompleks dalam Central Forest Spine, termasuk kompleks hutan Belum di Perak, untuk kawasan perlindungan marin yang besar di Sabah.

“Bersama kakitangannya, penyokong, dan komuniti alam sekitar secara lebih meluas, WWF telah membantu melindungi lebih daripada 1.3 juta hektar hutan dan laut daripada ancaman perubahan. Habitat semula jadi ini bukan sahaja penting untuk kelangsungan hidup kita, tetapi juga rumah kepada hidupan liar yang terancam,” titah baginda Sultan Perak.

Ujarnya, dalam melindungi ekosistem ini, kita mesti selamatkan Harimau Malaya, Orang Utan dan Gajah Borneo, dan penyu laut daripada ancaman kepupusan.

Baginda turut menghargai komitmen serius Malaysia terhadap pemuliharaan boleh dilihat di beberapa kawasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat