PKP: Walaupun Perit, Peniaga Di Banda Hilir Akur Tutup Kedai

Berhemah ketika pkp

BERDEPAN kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di enam negeri, Rabu lalu dilanjutkan, artis dan selebriti membuat persediaan agar impak penularan Covid-19 tidak...

Judi Dench terima suntikan vaksin Covid-19

London: Pelakon veteran Britain, Judi Dench, 86, sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 baru-baru ini dan berkongsi pengalaman menjadi salah seorang individu terawal menerima...

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google

etahun berlalu dan pada Oktober lalu HUAWEI telah melancarkan model terbaru pada siri Mate iaitu HUAWEI Mate 40 Pro. Siri Mate ini sebelum ini...

Chris Evans Beri ‘Hint’ Untuk Kembali Sebagai Captain America Di MCU

Filem Avengers: Endgame sebelum ini pernah menggemparkan dunia dengan gugurnya watak Ironman dan Captain America dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Rata-rata peminat filem Marvel meratapi kesedihan disebabkan...

Hidangkan Keluarga Anda Dengan 4 Resipi Masakan ‘Buttermilk’ Yang Ringkas Dan Enak Ini

Bila cakap pasal hidangan ayam buttermilk saja semua pasti terliur terus! Mana taknya, ayam goreng yang ranggup disaluti dengan kuah yang creamy dan likat,...

MELAKA – Lembayung jingga mula melabuhkan tirai menandakan hari mulai malam namun masih ada peniaga di destinasi pelancongan terkenal Banda Hilir di sini yang setia menunggu pelanggan terakhir sebelum menutup perniagaan.

Perjuangan mereka untuk mencari nafkah akan terhenti tepat 12.01 tengah malam ini selama dua minggu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Tinjauan Bernama di lokasi pelancongan terkenal di Banda Hilir mendapati ada juga peniaga yang menutup kedai lebih awal berikutan jumlah pelancong mulai berkurangan selepas pengumuman itu.

Walaupun perit untuk ditelan namun Ainul Shamsudin, 35, reda menerima keputusan kerajaan demi keselamatan semua meskipun masih belum jelas bagaimana beliau akan mengharungi tempoh dua minggu yang disifatkannya amat mencabar.

Sepanjang pelaksanaan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tahun lepas, beliau terpaksa menanggung kerugian hampir RM20,000 kerana pelbagai jenis makanan dan kuih-muih tradisional yang dijual rosak serta terpaksa dibuang.

“Biasanya makanan yang dijual hanya bertahan antara dua hingga tiga minggu. Saya terpaksa sedekah sebahagian daripada jualan kepada jiran dan kenalan manakala yang rosak terpaksa dilupuskan.

“Disebabkan situasi kedatangan pelancongan yang tidak stabil, saya memang tidak mengambil barang jualan lebih banyak sejak Disember tahun lepas untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini petang ini.

Ainul, yang telah berniaga lebih 10 tahun di situ, berkata walaupun terhimpit dengan keadaan itu namun beliau bersyukur kerana menerima sokongan daripada keluarga untuk terus bertahan dan berharap situasi kembali pulih dengan segera.

Berbeza dengan Nor Haslinda Ani, 39, yang mula mengubah aktiviti perniagaannya kepada platform dalam talian untuk menambah pendapatan bagi menyara keluarga.

“Walaupun tidak banyak tetapi jualan pakaian ini bolehlah sedikit sebanyak menampung pendapatan yang terjejas kerana kedai di kawasan ini tidak boleh dibuka untuk pelancongan,” katanya.

Munirati Omar, 33, pula berkata beliau turut memanfaatkan media sosial seperti akaun Facebook dan aplikasi WhatsApp untuk menjual serta menerima tempahan kuih-muih bagi menambah pendapatan.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

PKP: Penjaja Minta Kerajaan Pertimbang Kebenaran Operasi Pasar Malam

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) meminta agar kerajaan mempertimbang untuk membenarkan operasi pasar malam di enam negeri yang...

Harga Petrol RON95, RON97 Naik 5 Sen, Diesel Naik 3 Sen

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik lima sen seliter manakala harga diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh...

Felda beli 5.15 juta saham FGV daripada pasaran terbuka

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli 5.15 juta saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka semalam dalam usaha untuk mengambil alih syarikat...