Kes Zayn Rayyan: Unit Forensik PDRM teruskan siasatan di Apartmen Idaman

- Advertisement -

PETALING JAYA – Beberapa kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, malam ini.

Tinjauan mendapati terdapat kira-kira 20 anggota forensik bertugas, meneruskan siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Pasukan itu dilihat memasuki kawasan Blok R apartmen berkenaan pada 7.55 malam.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar memaklumkan pihaknya mengesan pergerakan hasil analisa beberapa rakaman kamera papan pemuka (dashcam) penduduk yang diterima, baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, penelitian lanjut perlu dijalankan untuk mengesahkan pergerakan itu sama ada objek atau individu berkaitan kes.

Pada 5.10 petang, Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM sekali lagi melakukan pemeriksaan di kawasan blok berkenaan dan difahamkan melakukan pemeriksaan di tingkat tiga dan empat.

Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat