Amir Hamzah angkat sumpah Senator, bakal dilantik Menteri Kewangan II

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang disebut-sebut bakal dilantik menyertai Kabinet yang dirombak hari ini, mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara pagi ini.

Majlis itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Amir Hamzah dikatakan bakal dilantik sebagai Menteri Kewangan II dalam rombakan Kabinet yang dijadual diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jam 11 pagi ini, lapor BH.

Amir Hamzah yang menyertai KWSP pada tahun 2021, adalah anak sulung kepada bekas Pengerusi dan Presiden Petronas, Tun Azizan Zainul Abidin.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Eksekutif KWSP, beliau mengetuai Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak tahun 2019.

Pengalamannya dalam dunia korporat mencakupi lebih 27 tahun, termasuk peranan kepemimpinan dalam syarikat seperti Kumpulan Syarikat Shell, MISC Berhad, Petronas Dagangan Berhad, Petronas Lubricants International, Icon Offshore Bhd, dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

Amir Hamzah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan dengan pengkhususan dalam Kewangan dan Ekonomi dari Universiti Syracuse, New York.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat