Aspek Halal Produk Makanan Import Sentiasa Jadi Keutamaan Kerajaan – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan aspek halal sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dalam memastikan produk makanan yang diimport memenuhi kehendak pengguna khususnya orang Islam di negara ini.

Beliau berkata, setiap produk makanan termasuk ayam dan daging yang diimport dari luar negara akan dipastikan benar-benar halal dan bersih sebelum dikeluarkan pengesahan sijil halal untuk pasaran negara ini.

“Saya pun tidak faham ada penceramah agama membuat cerita bukan-bukan tanpa usul periksa kononnya ayam daripada Thailand dan China tidak halal.

“Kalau diimport dari China atau Thailand sekali pun, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan siasat bukan sahaja sembelihan tetapi kebersihan yang menjadi syarat utama,” katanya, dipetik dari laporan Sinar, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Pekebun Kecil Daerah Bera Berhad (Kopbera) di Dewan Masjid Nurulsallam Kampung Batu Papan di sini pada Ahad.

Terdahulu, seorang penceramah bebas mendakwa ayam beku yang diimport dari China dan Thailand ke negara ini tidak halal.

Mengulas perkara itu, Ismail Sabri memberitahu, kerajaan tegas dalam aspek halal produk makanan yang diimport ke pasaran negara ini.

“Contohnya untuk import daging lembu yang murah, saya pernah cuba membawa masuk dari Sudan tetapi bila Jakim dan veterinar dapati kilang tidak bersih, akhirnya kilang tersebut tidak dibenarkan sampai sekarang walaupun ia negara Islam yang memang halal sembelihan.

“Sekarang ini halal bukan setakat sembelihan, bukan sahaja sijil kilang bersih tetapi pengangkutan kena halal, sampai tahap pengangkutan maknanya tidak ada barang lain tak halal,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat