Ya ke? Siapa bagitahu? – Anwar terkejut dakwaan KJ kembali ke Kabinet

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut dengan dakwaan kononnya bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan kembali ke dalam Kabinet.

“Ya ke? Siapa bagitahu,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menyempurnakan Simposium Pembangunan Dan Anugerah Pembangunan Negara, di Putrajaya lapor BH pada Rabu.

Sebelum ini portal media mendakwa Anwar akan mengumumkan rombakan Kabinet awal Disember ini.

Antara yang menjadi tumpuan ialah pelantikan utama Khairy atau KJ sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air serta Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang dijangka menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Rombakan kali ini bukan kosmetik. Ia langkah penstrukturan semula yang dirancang teliti bagi memastikan pasukan pentadbiran lebih kecil, cekap dan fokus terhadap pelaksanaan dasar,” menurut sumber tertinggi sebuah parti kepada portal berkenan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat