KUALA LUMPUR – Nampaknya Datuk Ir Shahelmy Yahya dan Datuk Andi Muhammad Suryandy Bandy tidak memberontak dan kekal istiqamah dalam Barisan Nasional (BN).
Ura-ura yang bertiup kencang kononnya Shahelmy dan Andi akan belot daripada BN dengan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ternyata meleset.
Meskipun Shahelmy dan Andi digantung 6 tahun oleh Umno Sabah nampaknya mereka setia dan tidak bertanding atas tiket GRS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat dan Tanjung Batu.
Sebelum ini, Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin pernah mencabar dengan mengingatkan Shahelmy terpaksa berdepan dengan ‘rakan’ dari Umno jika mahu mempertahankan kerusi DUN Tanjung Keramat yang disandangnya sebelum ini.
Bagaimanapun hari ini GRS telah mengumumkan senarai calonnya namun tidak menamakan Shahelmy untuk Tanjung Keramat dan Andi untuk pertahankan Tanjung Batu atas tiket parti itu.
GRS mencalonkan N24 Tanjung Keramat – Shah Alfie Yahya dan N71 Tanjung Batu – Dr Andi Md Shamsureezal.



