Borneo Arts Festival di Labuan dikecam tak saji langsung makanan Labuan, didakwa tak buat kajian

KUALA LUMPUR – Borneo Arts Festival (BAF) 2025 yang dianjurkan Jabatan Wilayah Persekutuan bakal menemui pengunjung dan ‘foodies’ di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa, Labuan pada 13 hingga 17 November ini.

Jabatan Wilayah Persekutuan menyeru orang ramai untuk sediakan perut untuk menikmati variasi juadah etnik Borneo yang bakal disajikan untuk dinikmati.

Pun begitu, hantaran hebahan Jabatan Wilayah Persekutuan itu ‘diserbu’ dengan hujatan dan kritikan netizen apabila festival yang berlangsung di Labuan itu terang-terangan tidak menyajikan juadah etnik di situ bahkan tiada sebarang produk tempatan dipasarkan.

Antara komen-komen yang ditinggalkan netizen ialah – etnik majoriti di Labuan ialah Kedayan dan Brunei tidak ada pula, sepatutnya ketengahkan produk-produk tempatan Wilayah Persekutuan Labuan; ehh… Kedayan dan Brunei ndada kah?; Labuan majoriti Kedayan dan Brunei, tapi kenapa tiada langsung makanan etnik Labuan di Borneo Arts Festival Labuan?; tuan rumah dilupakan; Labuan tuan rumah tapi etnik Brunei dan Kedayan inda ada, patut masa ini jugalah diperkenalkan.

Selain itu, ada juga berkata- jadi kemarahan urang Labuan terpulang, baik padam post ini admin, malu pulang karang; yang buat iklan pun knowledge alahai; macam warga asing sudah sebab nda termasuk etnik kita ni; mungkin terlampau guna chatGPT; Labuan tiada etnik kah…atau pura-pura lupa, tuan rumah di Labuan tapi etnik Kedayan dan Brunei tidak tersenarai…palui; Brunei Kedayan mana? Makasar tah paling jauh-jauh… mau check organizernya orang mana?; Kalau organizer bukan orang lokal, main sembarang saja ni dorang tiada buat research.

Dalam hebahan di Facebook Jabatan Wilayah Persekutuan, mereka menjemput semua untuk datang ke Borneo Arts Festival 2025 dan nikmati pelbagai makanan tradisi etnik Borneo yang dihimpunkan khas di Gerai Cita Rasa Borneo.

“Menu sajian dibahagikan mengikut etnik antara cita rasa yang disajikan oleh etnik Iranun dan Bajau – Ding Ampap, Penjarom Samah, Fresh Brew Coffee. Manakala bagi etnik Kadazan- Dusun – Nasi Linopot, Nanggiu dan Kopi Ranau.

“Etnik Bisaya dan Tatana pula – Ambuyat, Kinubol, kuih kacang; Etnik Bugis dan Makasar – Pisang Ijo, Kapurung, Soto Makasar.

“Manakala bagi Etnik Iban pula menu yang disediakan ialah Kopi Beras, Terung Asam, Kek Lapis.

“Selain itu produk hasil laut Sabah juga dihidangkan- pelbagai produk berasaskan ikan Tuna,” katanya.

Bukan cuma itu acara festival turut dimeriahkan dengan persembahan peralatan muzik tradisional.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat