Ahli Umno, pengkhianatan kamu akan tercatat dalam sejarah negara – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno sudah jadi pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Menurut beliau, Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (Reciprocal Trade Agreement) yang ditandatangani antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) telah menumpulkan keberanian Malaysia memandangkan selepas ini segala-galanya ditentu oleh AS.

“Wahai ahli Umno, kamu sudah khianati perjuangan ibu bapa dan datuk nenek kamu untuk kemerdekaan tanah Melayu.

“Hari ini kamu sokong tindakan menghapuskan kemerdekaan yang mereka perjuang dahulu apabila mempersetujui perjanjian meletak negara tercinta ini di bawah kuasa Amerika Syarikat.

“Kamu utamakan kepentingan diri kamu dan gadai tanah air. Anak cucu kamu akan kutuk perbuatan kamu.

“Tak perlu kamu pertahan perjanjian ini. Selain daripada bersetuju membeli hampir RM1 trillion barangan Amerika, kamu bersetuju menyokong dasar dan tindakan Amerika, kamu juga setuju merujuk kepada AS segala tindakan dan dasar hubungan Malaysia dengan negara lain supaya tidak bertentangan dasar dan tindakan AS.

“Keberanian Malaysia sudah tidak ada lagi. Segala-galanya ditentu oleh AS,” bidas bekas Presiden Umno itu.

Tegas Dr Mahathir, Umno sudah jadi pengkhianat kepada bangsa Melayu.

“Umno tidak lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

“Bagi ahli dan wakil rakyat Umno perjuangan hanyalah untuk kepentingan diri sendiri. Pengkhianatan kamu akan tercatat dalam sejarah negara,” kata beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat