KKM Nafi Arah Bilik Gerakan PN Tutup Kerana Covid-19

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menafikan pihaknya mengarahkan penutupan bilik gerakan Perikatan Nasional (PN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas susulan pengesanan kes positif Covid-19.

Menerusi hantaran di laman rasmi Facebook, KKM berkata, kenyataan akhbar berkaitan penutupan premis itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan pihaknya.

“Kenyataan akhbar berikut adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Mohon untuk tidak disebarkan kenyataan palsu ini,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan bilik gerakan berkenaan menerima notis penutupan selama 14 hari berkuat kuasa hari ini hingga 26 Nov berikutan satu kes positif Covid-19 di kesan di premis tersebut.

Turut dilaporkan kenyataan pengesahan daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman berhubung perkara itu.

“Ujian saringan awal mendapati, seorang individu positif COVID-19 dan notis penutupan sudah dikeluarkan.

“Seramai 23 individu lain menjalani ujian saringan hari ini dan masih menunggu pengesahan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat