Gelembung perjalanan udara Singapura-Hong Kong jadi rujukan pengaturan ke destinasi lain

- Advertisement -

SINGAPURA: Perjanjian Gelembung Perjalanan Udara (ATB) antara Singapura dan Hong Kong akan menjadi model bermanfaat untuk pengaturan dua hala lain dengan negara lain di seluruh dunia.

Penerbangan ATB pertama antara dua hab penerbangan itu akan bermula pada 22 November, 2020, selepas rundingan dimuktamadkan awal minggu ini.

“ATB Singapura-Hong Kong ini membolehkan kami mencapai dua objektif pada masa yang sama, iaitu membuka pintu sempadan Singapura secara terkawal dan pada masa yang sama menjaga keselamatan orang ramai,” kata Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung pada sidang media yang diadakan secara maya hari ini

Ong berkata ia akan menjadi rujukan yang berguna bagi negara dan wilayah lain yang telah berjaya mengawal penularan COVID-19 dan bercadang untuk membuka pintu sempadan mereka.

Di bawah ATB, pengembara yang melakukan perjalanan udara antara Singapura dan Hong Kong akan menjalani ujian COVID-19, ia menggantikan prosedur menjalani kuarantin atau Notis Duduk di Rumah.

Tiada sekatan dikenakan kepada perjalanan udara, ia juga tidak memerlukan jadual perjalanan atau surat penajaan seperti di Laluan Hijau Timbal Balik (RGL)

Pengembara dari Singapura dan Hong Kong mesti melakukan perjalanan udara menggunakan penerbangan yang ditetapkan ATB.

Sebagai permulaan, satu penerbangan sehari akan disediakan ke setiap bandar dengan penetapan kuota sebanyak 200 pengembara bagi setiap penerbangan dan ia akan ditambah kepada dua penerbangan dalam sehari ke setiap bandar dengan kuota yang sama pada setiap penerbangan mulai 7 Disember, 2020.

Sekiranya keadaan pandemik COVID-19 semakin memburuk di bandar-bandar itu, pengaturan gelembung perjalanan akan dihentikan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Airlines, Goh Choon Phong berkata pengaturan ATB itu adalah langkah penting bagi Singapura dan Hong Kong kerana kedua-duanya kini dalam fasa pemulihan daripada kesan pandemik itu serta masing-masing menyokong pemulihan dalam industri penerbangan ketika ini.

“Ini membolehkan kita membuka pintu sempadan dengan cara yang selamat dengan protokol pengujian yang diperlukan, memberikan model menyakinkan untuk pengaturan dua hala (destinasi ke lain-lain negara) di seluruh dunia,” kata Goh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Bagi Singapore Airlines (SIA) Group, ia akan melakukan penerbangan ATB ke Hong Kong manakala syarikat  penerbangan tambang rendah milik penuh SIA, Scoot akan menjalankan penerbangan bukan ATB.

-BERNAMA

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat