“Pelan Pemulihan Menyeluruh ASEAN” Dicadang Malaysia Mendapat Sokongan Anggota ASEAN

- Advertisement -

CYBERJAYA: Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang bermula hari ini menyaksikan pandangan Malaysia kepada pemimpin tertinggi ASEAN berkaitan Pelan Pemulihan Menyeluruh ASEAN (ASEAN Comprehensive Recovery Plan) yang telah dicadangkan YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada April lepas sebagai salah satu usaha memperkasa ekonomi serantau menangani impak Covid-19 telah diterima dan mendapat sokongan daripada semua pemimpin ASEAN.

Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, suara Malaysia telah didengari menerusi sesi Sidang Kemuncak ASEAN ke-37, dimana semua pemimpin tertinggi ASEAN menyokong pelan yang dicadang oleh Perdana Menteri pada sesi awal pagi tadi.

“Alhamdulillah, hari ini cadangan Malaysia menjadi realiti dan akan disahkan oleh semua pemimpin ASEAN,” jelas beliau dilaman facebooknya, sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu lagi, pada sesi sebelah petang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri China, TYT Li Keqiang atas kotmitmen negara tersebut untuk mengutamakan Malaysia sebagai negara penerima utama vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh mereka.

Selain pada itu, Perdana Menteri juga telah menyuarakan pandangan kepada rakan sejawatannya dari Jepun, TYT Yoshihide Suga agar Jepun dapat berkongsi kepakaran teknologi maklumat kepada ASEAN dalam usaha mengadaptasi revolusi digital selain memulihkan ekonomi pasca pandemik secara menyeluruh.

Terdahulu, dengan bertemakan “Cohesive and Responsive ASEAN” Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 bermula hari ini, menyaksikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak dua kali setahun itu, dari Kuala Lumpur.

Acara pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc telah dilakukan secara maya dimana turut disertai pemimpin ASEAN lain.

Turut serta dalam Sidang Kemuncak sebagai Delegasi Malaysia ialah Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Susulan pandemik COVID-19, pemimpin ASEAN, di bawah Pengerusi Vietnam, sebelum ini sudah menganjurkan tiga sidang kemuncak pada 2020 iaitu Sidang Kemuncak ASEAN Khas dan Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga pada 14 April, serta Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 pada 26 Jun.

ASEAN, yang ditubuhkan pada 1967, merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat