Jerebu: Johor gerakkan solat hajat di semua masjid, surau mulai hari ini

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menggerakkan pelaksanaan solat hajat di semua masjid dan surau di seluruh negeri mulai hari ini sehingga keadaan jerebu kembali pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, inisiatif itu diambil susulan keadaan jerebu serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berada pada tahap tidak sihat.

Menurutnya, solat hajat berkenaan dilaksanakan selepas solat fardu Maghrib bagi memohon pertolongan dan perlindungan Allah SWT agar keadaan jerebu beransur pulih.

“Pelaksanaan solat hajat ini diadakan selepas solat fardu Maghrib sebagai usaha memohon pertolongan dan perlindungan Allah SWT agar keadaan jerebu beransur pulih, kualiti udara kembali baik serta kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh umat Islam di Johor supaya bersama-sama menyertai solat hajat serta memperbanyakkan doa dan munajat.

Katanya, usaha itu bagi memohon agar keadaan jerebu dapat diatasi, segala urusan dipermudahkan dan seluruh rakyat sentiasa berada dalam rahmat serta perlindungan Allah SWT.

“Kerajaan Negeri Johor berharap agar usaha ini menjadi ikhtiar bersama dalam memohon kesejahteraan seluruh rakyat, di samping mengharapkan keadaan kembali pulih seperti sediakala,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat