MUDA Mungkin Diterima Sertai PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyertaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai komponen Pakatan Harapan (PH) kini dalam pertimbangan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan mendapat respons positif.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Majlis Presiden PH meneliti penyertaan MUDA dan perkembangan terkini mendapat reaksi baik.

“Mesyuarat Majlis Presiden PH akan umumkan status Muda, setakat ini respons positif.

“Perbincangan manifesto PH juga ada meneliti ‘engagement’ dengan MUDA, kita akan umum tak lama lagi,” ujarnya di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada Rabu,

Bagaimanapun Fahmi menyatakan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih belum dimuktamadkan lagi.

“Majlis Presiden PH belum buat keputusan lagi, nanti akan diumumkan,” kata Fahmi.

PH sebelum ini menubuhkan satu jawatankuasa bagi berunding dengan MUDA dan PSM berhubung permohonan mereka untuk bekerjasama dengan gabungan itu secara rasmi.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh seorang wakil dari setiap parti komponennya iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad dari PKR, Steven Sim (DAP), Mohd Hasbie Muda (AMANAH) dan Datuk Ewon Benedick (UPKO).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat