Anwar Tak Berani Ke Gombak, Pilih Ampang?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan sudah pasti akan bertanding di parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Anwar dikatakan lebih selesa dan yakin untuk bertanding di Ampang berbanding kerusi-kerusi lain yang sebelum ini dimiliki PKR namun wakil rakyatnya melompat parti.

Sebelum ini timbul cakap-cakap Anwar akan bertanding di Gombak bagi memberi saingan kepada bekas penyokong setianya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali namun membatalkan hasratnya itu.

“Anwar melihat peluang lebih terbuka untuk menang di Ampang jadi beliau memutuskan untuk bertanding di parlimen itu.

“Belum ada pengumuman rasmi tetapi setakat ini hampir pasti Anwar akan ke Ampang, bukan Gombak atau Tambun seperti yang heboh diperkatakan sebelum ini.

“Jika Anwar ke Ampang ia tentunya mengecewakan Datuk Hans Isac yang sebelum ini sangat berminat untuk menjadi calon di Parlimen Ampang,” kata sumber dalaman PKR kepada SuaraTV.

PKR memenangi kerusi parlimen Ampang sejak 2008 menerusi calonnya, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Namun pada awal 2020, Zuraida menyertai kumpulan Azmin meninggalkan PKR dan melompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selepas dua tahun bersama Bersatu, Zuraida kemudiannya meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Baru-baru ini Zuraida secara rasmi dilantik sebagai Presiden PBM menggantikan Larry Sng.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat