Harga Petrol RON97, RON95 dan Diesel Kekal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol untuk kesemua jenis produk petroleum adalah tidak berubah dan kekal, bagi tempoh 13 Okt hingga 19 Okt 2022.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.95 seliter, RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak sebenar di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat