‘Memang agak gusar sebab takut benda tak jadi’ – Jamal Abdillah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah berkongsi rasa gusar apabila Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah yang dijadual berlangsung pada 29 Oktober ini di Perlis, ditunda.

Jamal ketika ditemui di sidang media Konsert Gemilang Datuk Jamal Abdillah berkata, kegusaran itu timbul kerana dia takut sekiranya ia dibatalkan.

“Memang agak gusar sebab takut benda tak jadi. Harapan saya sangat tinggi, agar konsert itu dapat berlangsung,” katanya.

Menurutnya, dia bagaimanapun menerima dengan seadanya mengenai keputusan penundaan itu.

“Memandangkan situasi semasa seperti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), musim hujan dan sebagainya, saya kena akur juga.

“Kebanyakan tiket yang sudah dibeli adalah oleh wakil-wakil rakyat dan orang kerajaan. Mereka minta tunda ke Februari,” katanya.

Walau bagaimanapun, Jamal berkata, dia akan terus melakukan persiapan secara berterusan.

“Untuk persediaan, saya dah buat kerana saya akan berduet dengan lima artis lain. Semuanya saya dah fokus, cuma sebab ia tertunda, saya akan terus fokus,” katanya.

Terbaharu, Jamal bakal berduet dengan dua anaknya, Zaki Yamani dan Osama Yamani dalam Konsert Gemilang Datuk Jamal Abdillah yang bakal berlangsung pada 9 Disember, di Grand Banquet Hall, Residensi UTMKL, Kuala Lumpur.

Konsert itu bakal menampilkan persembahan Jamal bersama anak-anaknya selama dua jam dan diiringi tujuh pemain muzik serta pengarah.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat