Flop Poppy ‘rela’ anjur konsert sendiri

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kumpulan Flop Poppy tidak pernah berhenti bermain muzik selama ini dan lebih 30 tahun aktif, semua anggotanya tetap sibuk dengan urusan kerja seni masing-masing.

Menariknya lagi, kumpulan ini bangkit dengan merancang sendiri penganjuran Konsert Masih Tour Flop Poppy di seluruh negara, tanpa ada tarikh tertentu, bergantung situasi semasa dan harga tiket yang amat berpatutan.

Vokalisnya, Andy berkata mereka (Flop Poppy) nekad buat konsert sendiri sebab tidak mahu terikat dengan pihak lain selaku penganjur.

Katanya, meskipun tawaran ‘show’ tetap ada, tapi Flop Poppy yang mahu mengadakan konsert sendiri.

“Tujuannya kerana kami nak tunjukkan kepada orang ramai betapa bekerja kerasnya band ‘local’ (tempatan) nak buat show (persembahan) berbanding band luar yang datang ke sini dan minta apa saja pasti dapat.

“Jadi, sekarang kami (Flop Poppy) tidak mahu tunjukkan rungutan, tapi sebaliknya kerja keras dibuat dan apa yang terbaik boleh dipersembahkan kepada penonton dan peminat. Kami hanya nak ‘perform’ untuk hiburkan mereka (penonton dan peminat),” katanya.

Andy berkata, Flop Poppy amat bersyukur kerana usaha keras dibuat mendapat sokongan ramai, terutama daripada rakan-rakan dan kenalan lama mereka yang berminat nak menaja, walaupun masing-masing datang dari bidang lain seperti industri makanan.

“Apapun, Flop Poppy memang mensasarksn penganjuran konsert kami dapat dibuat di setiap negeri. Malah, kami juga tidak ada tarikh tertentu (spesifik) untuk konsert diadakan dan bergantung pada situasi semasa juga.

“Sememangnya kami buat perancangan begitu. Apatah lagi, sekarang banyak penganjuran konsert dibuat, termasuk persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi. Jadi, kita tak boleh nak jangka,” katanya.

Sehubungan itu, Konsert Masih Tour Flop Poppy terkini bakal berlangsung pada 29 Oktober ini di Dewan Perdana Suria, Ampang, jam 8.30 malam, yang turut dimeriahkan dengan persembahan daripada OAG dan Bunkface.

Bagi mereka yang berminat menonton, harga tiket bermula dari RM80 hingga RM200 (VIP). Bagi tiket VIP, penonton disediakan jamuan makanan. Malah, bagi pelajar dan orang kelainan upaya (OKU), bakal mendapat potongan harga tiket sebanyak 10 peratus.

Terdahulu, Konsert Masih Tour Flop Poppy sudah berlangsung di beberapa lokasi seperti Melaka dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang mendapat sambutan positif penonton untuk berhibur dengan lagu-lagu terbaik Flop Poppy.

Selain Andy, Flop Poppy dianggotai oleh Mijie selaku pemain gitar, Wandy (pemain gitar bass), Megat (pemain gitar) dan Bakri (pemain dram).

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat