YBR Bantu 3 Beradik Menderita Polio

- Advertisement -

NILAI  – Kesukaran hidup Mohd Zamri Bin Asmoni dalam menjaga 3 orang anak Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat perhatian Yayasan Bank Rakyat (YBR) apabila YBR tampil menghulurkan bantuan bagi
meringankan beban keluarga tersebut.

Beliau ditemui di kediamannya di Nilai hari ini bagi sesi serahan bantuan sebanyak RM5 ribu.
Mohd Zamri merupakan seorang pekerja di salah sebuah syarikat kurier di kawasan Nilai manakala isterinya seorang suri rumah amat-amat terkesan dengan kos sara
hidup yang semakin meningkat. Ini mendorong mereka untuk memohon bantuan kepada YBR.

Pemberian bantuan berupa wang tunai ini adalah bagi membantu Saudara Mohd Zamri menyediakan keperluan asas isi rumah dan bantuan tambahan dana bagi
keperluan anak-anak kurang upaya (OKU). Ketiga-tiga anak istimewa beliau, Muhammad Hariz, Muhammad Hakimi dan Muhammad Uzair Hakim yang kini berumur 9
ke 17 tahun ini masih memerlukan pantauan rapi dan penjagaan khusus dari ibu bapa mereka.

Menurut Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, YBR menyediakan beberapa alternatif pemberian bantuan untuk golongan yang benar-benar memerlukan. “Inisiatif ini diberikan sebagai bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan yang juga terdiri dalam kalangan asnaf, fakir miskin, anak yatim dan golongan ibu tunggal tatkala berdepan dengan pandemik Covid-19,” katanya.

Turut hadir Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR Mohamad Ghazali Zainal

YBR juga memohon kepada mana-mana agensi, syarikat atau individu yang ingin membantu keluarga ini, boleh menyalurkan bantuan melalui ke akaun Maybank 155108669008, Encik Mohd Zamri Asmoni.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat