Label Kalori Makanan Langkah Cegah Obesiti – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha melaksanakan kajian rintis melihat kebolehlaksanaan dasar pelabelan kalori makanan oleh pengusaha makanan.

Ia yang dimulakan dengan premis-premis terpilih di Putrajaya dan rangkaian makanan segera pada awal tahun depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, projek rintis ini jika berjaya, akan diperluaskan ke seluruh negara demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Kajian menunjukkan 53.2 peratus orang dewasa di Malaysia mengamalkan pengambilan tiga sudu teh gula dalam minuman yang dibancuh sendiri setiap hari.

“Ini tidak termasuk pengambilan gula daripada minuman manis lain seperti minuman berkarbonat dan minuman pra-campuran serta makanan yang mengandungi gula tambahan dalam diet harian mereka.

“Kajian juga menunjukkan 95 peratus orang dewasa tidak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan mengikut saranan,” katanya dalam ucapan perasmian Seminar Anti Obes-City Putrajaya pada Rabu.

Jadi projek rintis ini kata Khairy ia penting dalam usaha kita mendidik orang ramai tentang pengiraan kalori dalam pengambilan makanan harian mereka.

Selain seminar Anti Obes-City turut dilancarkan Modul Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit bagi pelaksanaan di semua jabatan dan kementerian kerajaan.

“Negara kita adalah negara paling obes di Asia Tenggara jadi ayuh berubah ke arah hidup lebih sihat,” seru beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat