Adnan Yaakob Umum Bersara Dari Politik, Puji Pentadbiran Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya dari dunia politik.

Beliau yang juga Ahli Undangan Negeri (ADUN) Pelangai mengumumkan demikian pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima DUN Pahang ke-14, di Wisma Sri Pahang, pada Selasa.

Kata Adnan Yaakob, kepercayaan memimpin rakyat selama lapan penggal telah melayakkan beliau memimpin Negeri Pahang sebagai Menteri Besar selama 19 tahun.

“Kita semua sedia maklum, DUN Pahang akan dibubarkan dalam masa terdekat dan saya mengangap ini adalah ucapan terakhir untuk saya buat sebelum saya bersara sepenuhnya setelah saya berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri selama 36 tahun 2 bulan dan sehingga ke hari ini, 7 hari, selaku orang tua kepada DYMM Sultan Pahang, Menteri Besar selama 19 tahun.” katanya memetik Portal PahangMedia.

Dalam pada itu, beliau bersyukur kerana kerajaan Negeri Pahang kini di bawah Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam keadaan yang baik dalam meneruskan legasi membantu rakyat.

“Saya ingin menyatakan bahawa Negeri Pahang dalam keadaan yang bernasib baik mendapat hamba Allah bernama Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, anak Lipis untuk menjadi Menteri Besar. Nyata sekali selain pengalaman, kelayakan, Dato’ Sri Menteri Besar ini merupakan seorang yang mempunyai temperament yang baik maknanya tidak beremosi, tidak marah, tidak mudah excited semacam sesetengah orang.” kata Adnan Yaakob.

Ujar Adnan Yaakob lagi, beliau percaya Wan Rosdy akan dapat mengemudi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum kali ini dan insyaAllah dapat membentuk kembali kerajaan Negeri Pahang.

Beliau juga berharap Wan Rosdy dapat meneruskan perkhidmatan cemerlang dan beliau amat berbangga dengan kebolehan Wan Rosdy dalam menambakbaik dan melakukan perkara-perkara yang baru dengan dibantu dengan kepimpinan negeri.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat