Anwar Hampir Pasti Tanding Di Tambun?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan lebih jelas untuk merebut Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengakui Tambun antara kawasan Parlimen yang beliau beri perhatian untuk ditandingi pada pilihan raya umum kali ini.

Spekulasi Anwar ke Tambun ini dikuatkan lagi memandangkan Konvensyen PH akan diadakan di Perak.

“Tambun? Antara kawasan yang saya beri perhatian. Belum muktamadkan lagi.

“Buat masa ini jawatankuasa peringkat cabang dan negeri belum muktamadkan lagi. Sekarang mereka pun belum cadangkan lagi. Siapalah saya,” ujar Anwar ketika ditemui media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Ibu Pejabat PKR pada Rabu.

PH hari ini umum meminda tarikh Konvensyen PH pada tarikh 20 Oktober ini yang akan berlangsung di Perak.

Sebelum ini Konvensyen PH itu dijadual akan diadakan pada 29 Oktober namun ia diubah mengikut tarikh penting PRU15.

Tiga hari lalu, Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, pengesahan tersebut akan dibuat oleh Presiden PKR itu sendiri sempena Konvesyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC).

Dalam pada itu, mengulas kesediaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu merangkap Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), mengalu-alukan sesiapa sahaja bertanding di Tambun, termasuk Anwar.

Sementara itu, ditanya kesudian Anwar menjalin kerjasama sekali lagi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad beliau yakin bekas Perdana Menteri itu tidak tetap pendirian.

“Tak kisahla. Tak payah kacau dia (Mahathir).

“Continue to monitor sebab minggu depan dia akan bagi kenyataan bunyi macam lain pula so just listen with some respect,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat