Bukan Tiada Katil Kata Dr Christina

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Pembukaan khemah di Jabatan Kecemasan dan Jabatan Pesakit Luar Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini tiada kaitan isu ketiadaan katil.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, berkata sebaliknya khemah berkenaan bertujuan mengasingkan pesakit yang menghidap penyakit berjangkit daripada pesakit lain yang mendapatkan rawatan di hospital terbabit.

“Hampir semua hospital serta klinik kesihatan di negeri ini sudah membuka khemah saringan seumpama itu. Saringan awal dan pemeriksaan akan dibuat pegawai perubatan di khemah ini.

“Langkah ini dapat mengelakkan pesakit yang menghidap penyakit berjangkit seperti COVID-19 menjangkiti pesakit lain atau petugas kesihatan yang berkongsi ruangan sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan khemah bagi Individu Bawah Siasatan (PUI) adalah tempat saringan untuk pesakit yang ada sejarah kontak dengan pesakit COVID-19. Dengan adanya khemah ini, pesakit akan diasingkan serta diberi rawatan awal sebelum dimasukkan ke Wad Isolasi Khusus atau Unit Rawatan Rapi.

Selain itu, Khemah Severe Acute Respiratory Illness (SARI) di HQE dilengkapi dengan peralatan perubatan yang diperlukan bagi merawat pesakit yang kritikal sebelum dipindahkan ke wad bersesuaian.

Christina berkata, pihaknya akan mengambil tindakan bersesuaian untuk memastikan pesakit COVID-19 mendapat rawatan yang optimum selain memastikan tidak berlaku penularan jangkitan dalam hospital atau fasiliti kesihatan.

“Oleh itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) berharap tiada pihak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan pandangan negatif terhadap perkhidmatan hospital dan klinik di Sabah yang sedang berusaha menangani pandemik COVID-19,” katanya.

-Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat