Sultan Selangor tarik balik gelaran Najib, Rosmah dan Mohd Arif

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini telah berkenan menarik balik Darjah Kebesaran Negeri Selangor daripada tiga individu iaitu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah dan bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar, Mohd Arif Ab Rahman.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang juga Pendaftar Darjah Kebesaran Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim memaklumkan, Sultan Selangor telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Dewan Khas Diraja Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah Klang dan setelah berunding dengan ahli-ahli Dewan Diraja Selangor, Baginda telah berkenan menarik balik Darjah Kebesaran Negeri Selangor tiga individu terbabit.

“Tiga individu itu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang memegang gelaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) dan Datin Seri Rosmah Mansor yang memegang gelaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) serta Mohd Arif Ab Rahman yang telah dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Datuk- Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.),” jelas Haris dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Haris memaklumkan Najib telah dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri pada 2004 dan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) Kelas Kedua yang membawa gelaran Datuk pada 1992.

“Beliau telah didakwa di Mahkamah Tinggi di atas bebarapa pertuduhan melibatkan kes salah kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram ke atas dana SRC International Sdn Bhd.

“Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian Najib sebagai penyandang Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datuk Seri dan Datuk ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa 12 September 2022.

“Penarikan balik dan pembatalan keahlian ini selaras dengan kuasa prerogatif Baginda di bawah Perkara XXXVII dan XXXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 serta Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan konvensi yang di amalkan di Selangor,” jelasnya.

Selain itu, menurutnya Datin Seri Rosmah Mansor yang telah dikurniakan Keahlian Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada 2005 juga ditarik balik apabila didakwa di mahkamah atas tiga pertuduhan yang melibatkan kesalahan meminta dan menerima rasuah.

Manakala Mohd Arif Abdul Rahman yang dikurniakan gelaran Datuk pada 2005 juga telah ditarik balik hari ini apabila disabitkan dan dijatuhi hukuman di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rasuah pada 23 Januari 2021.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat