Sektor Pembuatan Catat Pertumbuhan 1.9 Peratus, RM119.3 Bilion Pada Julai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nilai jualan sektor pembuatan negara mencatatkan pertumbuhan 1.9 peratus berjumlah RM119.3 bilion pada Julai lalu berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, dari segi tahun ke tahun, peningkatan direkodkan bagi nilai jualan pada Julai 2020 didorong oleh peningkatan dalam produk makanan, minuman dan tembakau pada kadar 24.9 peratus.

Dalam masa yang sama, Mohd. Uzir berkata, produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain turut menyokong perkembangan sektor pembuatan setelah mencatatkan 14.3 peratus di samping produk peralatan elektrik dan elektronik yang turut tumbuh 8.4 peratus.

Sementara itu, beliau berkata, subsektor yang menyokong pertumbuhan bulan ke bulan adalah produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain yang meningkat 11.8 peratus, produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (8.0 peratus) dan produk peralatan elektrik dan elektronik (3.9 peratus).

“Jumlah pekerja sektor pembuatan pada Julai 2020 adalah seramai 2.19 juta orang, berkurang 2.4 peratus berbanding 2.25 juta pada Julai 2019,” katanya dalam kenyataan semalam.

Laporan Perangkaan Pembuatan Malaysia untuk Julai juga menyatakan jumlah gaji dan upah yang dibayar adalah berjumlah RM7.09 bilion, merosot sebanyak 3.2 peratus atau RM236.7 juta pada Julai lalu berbanding bulan sama 2019.

Nilai jualan per pekerja juga meningkat 4.5 peratus kepada RM54,403 berbanding bulan sama 2019, sementara purata gaji dan upah setiap pekerja adalah sebanyak RM3,235. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat