Peratusan keluar mengundi rendah, PN tetap optimis — Faizal

- Advertisement -

SHAH ALAM — Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Faizal Azumu optimis dengan keputusan pilihanraya negeri (PRN) biarpun kecewa dengan peratusan keluar mengundi yang begitu rendah.

“Kita doa dengan harapan keputusan yang baik di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Saya sangat gembira dengar rakan-rakan di kerusi yang ada masalah sebelum ini menang.

“Keputusan di Pulau Pinang setakat ini pun bagus cuma kita nak tengok juga keputusan keseluruhan di Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui di pekarangan ‘war room’ PN di Hotel Concorde hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi hanya 70 peratus dan ke bawah di enam negeri terbabit setakat jam 4 petang.

Terengganu merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 70 peratus diikuti Kedah (68 peratus), Pulau Pinang (67 peratus), Selangor (65 peratus) dan Negeri Sembilan (62 peratus).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat