“Kita hantar nama, Yang di-Pertuan Besar tentukan siapa MB N9”- Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Calon Menteri Besar Negeri Sembilan akan ditentukan oleh mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan yang kemudiannya bakal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Kerajaan Perpaduan cuma mencalonkan calon yang dirasakan sesuai untuk menjadi Menteri Besar namun, keputusan akhir akan dimuktamadkan Yang di-Pertuan Besar.

“Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan akan duduk bersama bincang siapa yang dirasa sesuai untuk mentadbir Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar.

“Kita cuma mencalonkan calon yang dirasa sesuai menjadi Menteri Besar untuk kita mohon restu dan perkenan Yang di-Pertuan Besar.

“Maka pelantikan Menteri Besar ini adalah hak mutlak maka baginda akan memutuskan sesiapa yang baginda rasakan sesuai, kalau calon kami diperkenankan Alhamdulillah.

“… kalau tidak terpulang kepada baginda untuk memilih sesiapa sahaja yang difikirkan daripada ahli yang menang, mendapat kepercayaan majoriti daripada ahli dewan,” ujar Mohamad yang juga Menteri Pertahaan itu di WTC, malam ini.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Datuk Seri Jalaluddin Alias wajar menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang lebih kerusi di negeri itu berbanding Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO berkata mengikut kiraan, tidak sewajarnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dilantik ke jawatan itu semula kerana parti berkenaan memenangi kurang kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat