Polis Terengganu Serbu Parti Liar, 17 Remaja Ditahan

- Advertisement -

KUALA NERUS – Aktiviti nakal 17 remaja termasuk empat perempuan berparti liar di sebuah inap desa terbantut apabila premis tersebut diserbu polis di Taman Pinggiran Airport di sini hari ini.

Kesemua suspek iaitu 13 lelaki dan empat perempuan berusia dalam lingkungan 16 hingga 25 tahun dalam serbuan pada pukul 12.15 tengah malam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kesemua suspek bermasuk dua yang berada di bawah umur dipercayai khayal di bawah pengaruh dadah sehingga tidak sedar kehadiran pasukan polis.

Beliau berkata, sewaktu serbuan dibuat, alunan muzik juga telah dipasang dengan kuat di dalam inap desa terbabit.

“Pemeriksaan menemui sepaket plastik mengandungi serbuk ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Sapeket plastik lutsinar 24 bji pil dipercayai pil ekstasi juga dijumpai dalam serbuan sama,” katanya di sini hari ini.

Rohaimi berkata, ujian urin terhadap 17 suspek mendapati mereka semuanya positif dadah jenis methampitamine.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat