“Tiada Kluster Najib, Alhamdulillah” – Najib

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluahkan rasa syukur kerana selepas 15 hari tiada jangkitan baru Covid-19 atau ‘kluster Najib’ yang dikaitkan dengan orang ramai yang menyertai himpunan menyokongnya di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu.

Himpunan pada 28 Julai itu asalnya dianjurkan secara spontan oleh penyokong Najib, namun mendapat sambutan luar jangkaan apabila ribuan orang ramai hadir menyuarakan solidariti sokongan mereka kepada bekas Perdana Menteri itu, tanpa mematuhi penjarakan sosial.

Ekoran itu timbul kritikan sesetengah pihak yang bimbang keadaan sesak di himpunan tersebut akan mencetuskan kewujudan jangkitan baru Covid-19 yang mereka gelar sebagai ‘kluster Najib’ dan ‘kluster mahkamah’.

“Hari ini genap 15 hari selepas penghakiman mahkamah tinggi kes SRC saya. Ini bermakna tiada kluster Najib tercetus sebab tempoh inkubasi Covid 14 hari sudah berlalu. Alhamdulillah,” katanya, dipetik dari hantaran Facebook beliau hari ini.

Setakat berita ini ditulis, hantaran di Facebook Najib itu merekodkan lebih 84,000 tanda suka, lebih 3,800 komen serta lebih 1,800 perkongsian oleh netizen.

Menulis di hantaran yang sama, Najib bagaimanapun mengakui himpunan itu adalah satu kesilapan kerana orang ramai sukar mematuhi SOP penjarakan sosial bagi mencegah penularan Covid-19 kerana suasana yang agak sesak ketika itu.

Sehubungan dengan itu, Najib memohon orang ramai agar tidak mengulangi kesilapan tersebut di masa depan demi kebaikan bersama.

“Kita jangan ulangi kesilapan hari itu. Kita perlu sentiasa mengamalkan SOP demi kebaikan semua,” katanya.

Untuk rekod, kajian menunjukkan tempoh inkubasi Covid-19 adalah 14 hari, namun dalam kebanyakan kes jangkitan ia hanya memakan masa tiga hingga lima hari sebelum menunjukkan gejala dan jarang sekali wujud jangkitan selepas tempoh 14 hari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat