Isu SOP Covid: Kalau Nak Siasat Sila Siasat Semua, Baru Adil – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jika hendak siasat, perlu siasat semua. Barulah adil, kata Datuk Seri Najib Razak.

Beliau dipercayai merujuk kenyataan polis yang akan mengambil keterangan pihak penganjur perhimpunan bagi memberi sokongan moral kepadanya di luar kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Najib turut berkongsi gambar program Bersatu Blackout yang diadakan pada 19 Julai di Alor Setar, Kedah yang dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam gambar itu, Dr Mahathir bergambar beramai-ramai tanpa penjarakan sosial.

Turut diselitkan juga kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat semasa menghadiri Konvensyen Penerangan Keadilan 2020 minggu lalu.

Gambar itu juga menunjukkan Anwar dan kepimpinan parti itu tidak mematuhi arahan Kementerian Kesihatan supaya menjaga penjarakan sosial satu meter dan memakai pelitup muka.

Kedua-dua gambar membabitkan kehadiran Dr Mahathir dan Anwar itu menunjukkan mereka berada di kawasan sesak, sempit, selain tidak memakai pelitup muka

Secara sinis, Najib berkata: ”Semua pihak termasuk kita perlu ambil ini sebagai satu pengajaran bahawa penjarakan sosial dalam zaman Covid-19 adalah amat penting dan perlu diamalkan pada bila-bila masa”.

Semalam, Timbalan Pengarah Siasatan dan Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, para penyokong Najib termasuk beberapa Ahli Parlimen yang berkumpul di hadapan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta akan dikenakan kompaun kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) akibat gagal mengamalkan penjarakan sosial.

Katanya, arahan telah dikeluarkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat