PRN Sabah: SPR Diminta Sediakan SOP Yakinkan Pengundi Keluar Mengundi

Gencatan Politik Zahid Buat Pakatan Tersepit?

SETELAH Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO mengadakan gencatan politik bagi membolehkan kerajaan menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha menangani wabak Covid-19 di negara...

UMNO Wilayah Seru Semua Parti Politik Berganding Bahu

KUALA LUMPUR: Semua parti politik diseru untuk berganding bahu dalam menyelesaikan isu-isu rakyat dan meringankan beban rakyat pada waktu pandemik Covid-19 ini. Pengerusi Perhubungan UMNO...

OnePlus 8T Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula Daripada RM2,699

Berjaya menarik perhatian ramai beberapa tahun lalu dengan tagline Never Settle, jenama ini terus berkembang serta mengumpul lebih ramai peminat. Pada kali ini, jenama...

Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate

Peminat Minions, kami ada berita baik untuk anda. Jika anda nak tahu, Walls Paddle Pop baru-baru ini telah melancarkan perisa ais krim terbaru mereka iaitu...

FFJ2020 tunda tahun depan

FESTIVAL Filem Jepun 2020 (FFJ2020) yang dijadualkan berlangsung November ini ditunda ke Januari tahun depan dan akan dikenali sebagai JFF 2020 Plus One. Penganjur, Japan...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang mampu meyakinkan rakyat untuk keluar mengundi dan memudahkan semua pihak yang terlibat dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata ini bagi meredakan kebimbangan banyak pihak terutamanya rakyat di negeri itu berikutan pandemik COVID-19 masih belum berakhir.

“Saya mahu SPR meletakkan satu SOP yang cukup meyakinkan rakyat supaya rakyat turun mengundi dan minta juga Jabatan Kesihatan bekerjasama supaya sama ada calon, sama ada yang dikempen, sama ada tukang kempen tidak dicemari virus ini.

“Sebab yang inilah membimbangkan rakyat Sabah bagaimana kita (mahu) berhadapan dengan PRN sekiranya tidak ada SOP lebih ketat diletakkan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata SOP itu antara lain juga penting bagi memastikan proses berkempen dapat berjalan lancar dengan calon parti yang bertanding boleh berkempen dan bertemu rakyat, namun masih mematuhi prosedur berkaitan.

“Kita mahu rakyat selamat, calon pun selamat, tukang kempen pun selamat. Bermakna keselamatan dan kesihatan perlu diutamakan,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan pada 30 Julai lepas bagi memberi laluan kepada PRN diadakan dalam tempoh 60 hari  dari tarikh itu.

Pada 29 Julai, bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mendakwa mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu, namun Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bersetuju membubarkan DUN atas nasihat Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

SPR dijadual mengadakan mesyuarat khas berkaitan PRN Sabah di Kota Kinabalu pada 17 Ogos ini bagi membincangkan tarikh penting urusan pilihan raya seperti writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, Daftar Pemilih Terakhir Diperakui yang akan digunakan dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya itu.

-BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

UMNO Wilayah Seru Semua Parti Politik Berganding Bahu

KUALA LUMPUR: Semua parti politik diseru untuk berganding bahu dalam menyelesaikan isu-isu rakyat dan meringankan beban rakyat pada waktu pandemik Covid-19 ini. Pengerusi Perhubungan UMNO...

UMNO Sabah Sokong Gencatan Politik -Bung Moktar

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyokong langkah gencatan politik oleh UMNO Pusat bagi membolehkan tumpuan diberi kepada usaha menangani COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. Pengerusi Badan...

Mesyuarat Khas Kabinet Pagi Ini, Bincang Rombakan Kabinet?

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra di sini, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa. Kenderaan Perdana...