Keterlaluan Kata Polis Tidak Jaga Solat – KPN-

- Advertisement -

CYBERJAYA: Dakwaan pengasas rangkaian Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau dikenali Asri Janggut dengan mengatakan Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menjaga solat sangat keterlaluan, kata Ketua Polis Negara.

Tan Sri Abd Hamid Bador berkata, perihal solat ini kita dengan tuhan dan PDRM tidak pernah ketepikan, didikan agama sentiasa menjadi keutamaan dalam PDRM.

“Di PDRM kita mempunyai Pegawai Agama (Hafiz) dan setiap Ibu Pejabat Polis Daerah seluruh negara ada mempunyai surau, katanya lagi.

Kerajaan telah menyediakan prasarana untuk setiap anggota beribadah menunaikan kewajipan masing-masing dengan tuhan, dan setiap pengambilan anggota baru PDRM diwajibkan menjalani ujian agama, kata Abd Hamid lagi.

Saya tidak boleh paksa semua orang sembahyang, itu antara diri masing-masing dengan Tuhan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, di sini, hari ini.

Terdahulu didalam satu video yang tersebar di laman-laman media sosial semalam, Asri Janggut berkata, kebanyakan daripada pegawai polis hari ini tidak menjaga solat dan menghisap rokok.

“Kebanyakan yang masuk jadi polis, jadi tentera ini tidak jaga solat. Terlalu mudah, cair, cepat. Hisap rokok, tak jaga sembahyang.

“Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak? Bila terakhir sembahyang subuh bawa isteri(berjemaah) subuh?

“Pernah tak tanya anak apa itu (khalimah) syahadah, benda(perkara merupakan) kunci (agama),” katanya ketika menghadiri satu forum anjuran Persatuan Pengguna Islam (PPIM).

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat