Zahid Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Nahas MPV

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi menyampaikannya ucapan takziah beliau kepada keluarga mantan JR UMNO Malaysia yang terkorban dalam nahas MPV bersama 6 ahli keluarganya yang lain di Ipoh semalam.

“Innalillahi wainnailaihirojiun. Sangat sedih mendengar berita ini. Parti kehilangan seorang pejuang yang setia”, kata Zahid dipetik dari laman Facebooknya.

“Saya dan seluruh keluarga UMNO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Fatimah Mat Isa, mantan JR Wanita UMNO Malaysia dan ahli keluarganya yang terlibat dalam kemalangan itu”.

Tambah Zahid lagi, “Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan menempatkan mereka dalam kalangan golongan beriman dan beramal soleh”.

Selain Fatimah, 68 tahun, 6 lagi yang terkorban dalam kemalangan yang melibatkan sebuah MPV dengan 10 penumpang dan trailer itu ialah pemandu MPV, Mohd Zairul Mat Isa, 34; isterinya, Nuratiqah Abd Hamid, 30 dan anak bongsu mereka, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4 tahun.

Allahyarham Zairul dipercayai adalah anak kepada Fatimah.

Tiga yang lain ialah dari keluarga sepupunya, Zulkifli Shuib, 49 dan isterinya, Hasliza Mahmud, 40 dan anaknya, Mohd Alif Firdaus, 3 tahun.

Tiga mangsa terselamat adalah Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul, 9 tahun yang dilaporkan patah tangan kanan manakala dua beradik iaitu anak kepada Hasliza, Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan abangnya yang dikenali sebagai Apit berusia 16 tahun.

Kesemua mereka ditempatkan di zon merah Hospital Raja Permaisuri Bainun akibat cedera parah (sumber Sinar Harian).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat