Tak masuk akal cadang lantik PM interim, jadilah pembangkang bermaruah – Sany Hamzan

KUALA LUMPUR – Sedang Malaysia menjadi tumpuan dunia selaku Pengerusi ASEAN 2025 datang cadangan tidak masuk akal daripada blok pembangkang dengan gesaan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil cuti dan seorang Perdana Menteri Interim dilantik untuk menjalankan tanggungjawab.

Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan menganggap cadangan disuarakan pembangkang untuk lantik Perdana Menteri interim itu sebagai tidak masuk akal.

Pengarah Pilihan Raya Amanah itu mendesak Perikatan Nasional (PN) berfungsi dan memainkan peranan sebagai pembangkang yang bermaruah dan mempunyai prinsip serta harga diri bukannya bertindak semberono.

“Pembangkang cadang lantik PM interim ini memang tak masuk akal.

“Jadilah pembangkang yang bermaruah, ada harga diri dan prinsip,” bidas Sany.

Memberitahu SuaraTV pada Sabtu, Sany mengingatkan blok pembangkang bahawa Datuk Seri Rafizi Ramli dan lapan lagi ahli Parlimen PKR hanya menghidupkan semangat semak dan imbang jauh sekali seperti anggapan pembangkang kononnya mereka ingin menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

“Rafizi dan lapan ahli Parlimen lagi tak sebut tarik sokongan kepada Perdana Menteri berbeza pandangan itu perkara biasa.

“Sebab kita walaupun dalam parti dan kerajaan yang sama, peranan semak dan imbang itu tetap kita lakukan sebab kita bukan jenis ikut telunjuk,” tegas Sany.

Dalam perkembangan lain, wakil rakyat Amanah itu juga menempelak suara-suara sumbang pembangkang yang memainkan naratif konon kerajaan gagal bincang dengan Amerika Syarikat (AS) terkait pengenaan tarif timbal balik sebanyak 25 peratus.

“Isu tarif ini diluar kawalan kita, ini isu negara isu global.

“Sepatutnya kita bersatu lawan perang ekonomi dari AS ini, bukan keruhkan suasana kata kerajaan gagal bincang dengan AS,” kata Sany lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat