NGO Amal Team Bantu Pasang Solar Di Pulau Banggi

- Advertisement -

KUDAT: Seramai 20 orang Sukarelawan Pertubuhan Amal Team (Amal Team) telah membantu dan memasang solar dengan voltan yang lebih tinggi di Kampung Nusa Nusa, Pulau Banggi, Sabah.

Menurut pengasasnya, Mohd Zulhairi Zainol, kawasan tersebut yang kebanyakkan adalah komuniti Bajau Ubiah dipilih kerana perkampungan tersebut terpencil dan tiada kemudahan tenaga elektrik serta bekalan air bersih.

Dan katanya lagi, projek terbaru ini adalah kesinambungan bantuan penambaikkan pertama pada Februari 2020.

Solar dengan voltan yang lebih tinggi di Kampung Nusa Nusa Pulau Banggi Sabah

“Kawasan Komuniti Bajau Ubian yang terpencil dan tiada kemudahan tenaga elektrik dan bekalan air bersih menjadikan sasaran kumpulan yang terpilih untuk Pertubuhan Amal Team datang membantu kerana mejoriti penduduk beragama Islam.

“Kami membantu penambahbaikan fasiliti surau bagi keselesaan penduduk kampung dengan bantuan penambahbaikan pertama pada Februari 2020 dan kedua pada 9 Julai 2022.” katanya kepada SuaraTV.

Sebanyak RM35,000 telah diterima hasil daripada sumbangan orang ramai untuk projek ini, jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Amal Team juga melakukan aktiviti korban sempena Aidiladha di mana sebanyak tiga ekor lembu dan satu ekor kambing. Daging korban telah diagihkan untuk tiga buah kampung.

“Seramai 40 keluarga mendapat manfaat dari projek yang dijalankan.” katanya lagi.

Selain itu, Amal Team juga melakukan aktiviti sesi berkongsi ilmu bersama penduduk kampung mengenai pengurusan jenazah mengikut sunnah, sesi kongsi ilmu tajwid bagi bacaan Al-Quran.

Amal Team juga memberi sumbangan baju sekolah, telekung, surah Yassin dan Iqra’ kepada penduduk kampung.

Penduduk Kampung Nusa Nusa diraikan dengan menyediakan juadah lemang dan rendang ayam sempena Aidiladha. Menurutnya, penduduk di sana pertama kali memakan lemang yang telah disediakan oleh Sukarelawan Amal Team. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat