Tak Salah Muhyiddin, Mahathir Berbincang, Saya Paling Suka – Rais Yatim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim tampil mempertahankan ‘perbincangan’ di antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebaliknya Rais menjelaskan, adalah tidak menjadi kesalahan jika terdapat perbincangan antara kedua-dua mereka kerana ini dilihat akan menyatukan parti-parti Melayu yang sudah terbahagi.

“Berita-berita Tun M bincang-bincang dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin kalau betul pun, apa salah?

“Mereka kan pembikin (pengasas) Bersatu? Kalau tambah dengan Presiden Muda (Parti Ikatan Demokratik Malaysia) lebih baik. Bersatu kita. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Saya paling suka,” katanya menerusi satu ciapan di Twitternya hari ini.

Pautan itu mendapat 20 ciapan dari pengguna Twitter, 31 balasan ciapan dan 45 tanda suka.

Ketika ini, tidak dapat dipastikan sama ada benar wujud perbincangan antara Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Parlimen Langkawi itu kerana hubungan kedua-dua mereka menjadi tegang sejak Muhyiddin menjadi Perdana Menteri di bawah Langkah Sheraton tahun lalu.

Ciapan Rais dipercayai membalas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P. Ramasamy dalam versi bahasa Inggeris bertajuk ‘Dr M and Abah possible tie-up? A disaster in the making for Malaysia hari ini yang menyebut tentang Perikatan Nasional (PN) terdesak mahukan Mahathir.

Ini terutama dalam soal Jawatankuasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti yang diakuinya pada 10 Julai lalu bahawa beliau dihubungi Menteri Kewangan merangkap Menteri Penyelaras PPN, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Untuk rekod, parti-parti Melayu terdiri daripada UMNO, Pejuang, Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Parti Amanah Negara (Amanah), Pas dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa). Manakala parti Muda diasaskan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berasaskan pelbagai bangsa dan latar belakang.

Pun begitu, Pejuang dan Muda adalah dua parti serpihan Bersatu manakala Bersatu lahir dari UMNO setelah tercetusnya pergolakan politik sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, kenyataan Rais mendapat reaksi berbeza dalam kalangan pengguna Twitter yang menyifatkan beliau menjadi punca kepada kejatuhan bangsa Melayu dan ciapannya sebagai mengarut.

Malah, ada juga yang mengaitkan parti Bersatu, Muda dan Pejuang dengan UMNO kerana kesemua parti adalah berasal dari rahim yang sama.

“Taknak tambah dengan UMNO sekali? Kamu semua kan asalnya UMNO? Bersatu kita. Sikat-sikat bulu ketika habis sikat keriting juga. Saya paling suka,” kata pengguna Twitter, IwanX dengan nada sinis. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat