Pekerja Kilang Diwajibkan Jalani Ujian Saringan Dua Kali Seminggu – Azmin

- Advertisement -

PETALING JAYA – Semua pekerja sektor perkilangan dan pembuatan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diwajibkan menjalani ujian saringan Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) sebanyak dua kali seminggu bermula 7 Julai lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, arahan itu dikuatkuasakan bagi memperketatkan lagi syarat kebenaran pengoperasian kilang di kawasan PKPD terutama di Selangor.

“Langkah awal ini dilihat mampu untuk mengenal pasti kes jangkitan Covid-19 dengan lebih awal selain dapat memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif dibenarkan untuk ke tempat kerja.

Pihak majikan perlu memberikan kerjasama dan tanggungjawab bagi menanggung sepenuhnya kos saringan tersebut,” katanya melalui hantaran di akaun Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau turut meluahkan rasa kesal kerana ramai dalam kalangan pihak majikan yang memandang ringan dan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Saya menyeru semua majikan agar tidak mengambil kesempatan di atas peluang yang telah diberikan oleh pihak kementerian.

“Apa yang pasti langkah penjagaan SOP yang ketat perlu seiring dengan tindakan secara praktikal bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 daripada terus merebak terutama di tempat kerja,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat